the CATASTROPHE . counter it babe !
BUKAN
SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA
Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah
memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN
sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam
KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN
Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN
Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah
akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN
Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa
tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?
Aku
menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku
muslimah loser kerana
merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah,
tetapkan imanku ini.
Firman
Allah swt;
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
Bersabarlah
wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan
beriman kepada-Nya.
Allah
swt berfirman :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Wahai
hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang,
mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah
bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Comments
Post a Comment