MY DREAM FAMILY ! :)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Ayah
Ingin sekaliku memanggilmu abi
Panggilan yang bagiku seorang ayah yang soleh

Ibu
Ingin sekaliku memanggilmu ummi
Panggilan yang bagiku seorang ibu yang solehah

Wahai kalian keluargaku
Semoga kau fahami hasrat ini
Kerana aku terlalu dambakannya
Walau ku tahu ia hanya impian
Yang mungkin tidak sempat ku gapai
Sebelum kita sama-sama ‘pergi’ dijemput Ilahi

Ayah
Andai kau fahami hati ini
Aku dambakan ayah menjadi pemimpin yang adil
Aku dambakan ayah berjiwa dakwah
Juga bertanggungjawab mencari nafkah
Menanggung kami yang bergantung pada usahamu mencari rezeki
Tidak kan pernah kau leka dan berputus asa demi kami, keluargamu
Tidak kan pernah kau tidak endah akan kewajipan nafkah untuk keluargamu
Walau jerih dan susah payah




Aku dambakan ayah
Mentarbiyah keluarganya agar sentiasa berada dalam landasan-Nya
Tika kami leka dan lalai dari perintah-Nya
Tika isterimu dan anak gadismu bebas membuka aurat
Menjaga anak gadismu daripada pergaulan bebas
Malah sering memanjakan kami dengan pakaian solehah
Juga hadiahkan kami dengan buku ilmiah islamiah
Bagi memperkuat jiwa dakwah
Aku dambakan ayah yang suka menegur dengan berhemah
Tika wanita dalam keluargamu bersentuhan dengan bukan mahram
Tika terunamu lewatkan solat dan melakukan maksiat
Kerana kamilah yang membanjir dirimu dengan dosa
Kerana tidaknya kau menegur sebagai ketua keluarga
Walau aku harapkan Rasulullah SAW ayahku

Tetapi aku tahu
Aku tidak layak untuk mendapat ayah seperti Rasulullah
Kerana Rasulullah jiwanya besar untuk berdakwah
Jiwanya besar untuk beribadah

Ayah
Andai kau fahami hati ini
Aku dambakan ayah yang sama-sama mengajak kami, keluargamu
Bertahajud di tengah malam
Berjemaah setiap solat fardhu
Sering mengajak kami menunaikan solat dhuha
Ke usrah-usrah badan-badan dakwah
Agar dapat disemarakkan dakwah
Juga tadarus Al-Quran bersama-sama
Bagi menghafal 30 juz dalam Al-Quran
Walau ratusan sudah kita khatam
Kerana Al-Quranlah yang membantu kita di akhirat sana
Agar anakmu ini menjadi hafiz, hafizah, mujahid, mujahidah
Punya hati perjuangan Islam untuk mati sebagai para syuhada’
Menempah syurga dengan mati syahidnya

Ibu
Andai kau fahami hati ini
Aku dambakan ibu yang solehah
Menjadi bidadari untuk suamimu
Menjadi pemangkin anak gadismu dalam meniti kehidupan

Ibu
Andai kau fahami hati ini
Aku dambakan ibu
Yang sering menasihati kami
Dengan bicara kata Ilahi
Dalam menempuh onak dan duri
Bagi kuat dalam berjihad ke jalan Allah
Apabila kami diuji kau berikan kami kata-kata hikmah islamiah
Apabila kami leka, kau tarbiyah kami akibatnya
Apabila kami melakukan kesalahan, kau perbaiki diri kami dengan kasih sayang
Bersandarkan bicara kata Ilahi dalam Al-Quran dan Sunnah
Agar mudah kami cerna untuk jadi pedoman juga teladan tika diperlukan
Apabila kami gembira, kau ingatkan kami tentang bersyukur atas nikmat-Nya
Apabila memulakan sesuatu, kau ingatkan kami dengan Bismillah
Apabila kami marah atau melakukan dosa, kau minta kami beristighfar dan muhasabah
Juga bertaubat dengan segera

Abang
Andai kau fahami hati ini
Aku dambakan abang yang perihatin pada adik-adikmu
Yang prihatin pada aktiviti siang dan malam adik-adikmu
Yang mentarbiyah kami tika kami rasa putus asa
Tika kami membuka aurat
Tika kami bergaul bebas
Tika kami bersentuhan dengan yang mahram
Tika kami memakai pakaian yang singkat
Malah sering manjakan kami dengan pakaian solehah
Juga buku ilmiah islamiah
Agar bertambah iman meraih cinta-Nya dan Rasul-Nya
Aku dambakan abang berjiwa perjuangan Islam
Berjuang di jalan Allah
Menyertai badan-badan dakwah
Bagi menyemarakkan dakwah
Kerana aku ingin membantumu bagi memperjuang agama kita
Kerana kita akan ditanya, “Apa yang kau telah lakukan untuk agamamu?”
Dan inilah abang, yang akan kita sama-sama perjuangkan

Aku dambakan abang
Yang menjaga jiwanya daripada hubungan terlarang
Yang menjaga izzahnya dengan kekasih tersayang
Yang menjaga kata-katanya daripada yang serba kekurangan
Malah sering bicarakan tentang hatinya
Yang mencari cinta Ilahi dan Rasul-Nya
Agar terpalit kekuatanmu pada kami adik-adikmu juga ibu dan ayahmu
Demi menggapai cinta Ilahi

Angah dan alang
Andai kau fahami hati ini
Adik dambakan kakak yang berjiwa perjuangan Islam
Yang sentiasa dambakan cinta Ilahi
Saling memperingat menjaga maruah diri
Saling menjaga izzah dengan yang lelaki ajnabi
Agar tidak terjerumus ke cinta nafsu mainan musuh-Ilahi
Yang sering mentarbiyah adik
Apabila adik lalai daripada perintah Ilahi
Malah sering mengajak adik ke usrah para sahabat
Agar sama-sama mentarbiyah diri
Juga program islamiah di serata negara
Dan sukarela membantu berjihad membebaskan umat Islam
Yang dalam kesempitan
Kerana dirimu mampu memberi adik inspirasi
Agar adik bersamamu dalam memperjuang agama Ilahi
Sungguh inilah impianku
Sebelum aku pergi daripadamu
Ingin sekali ku menggapai keluarga seperti ini
Namun semuanya dengan izin-Nya

Kalian keluargaku
Jika jiwamu bukan seperti jiwaku
Jangan dihalang aktivitiku
Bagi menggapai cinta hakiki, cinta Ilahi
Yang masih ku cari-cari
Jangan kalian halangku berdakwah
Kerana itulah yang menjadi bekalanku
Pada tanggunggungjawab sebagai khalifah
Jangan dihalang aku menjadi wanita solehah
Kerana itu bisa buatkan aku menjadi bidadari syurga
Jangan dihalang aku berzikir ketika walau tetamumu di rumah
Kerana aku ingin memperingati dan selami cinta Ilahi dengan zikrullah
Jangan dihalang aku jika aku tidak bersalaman dengan bukan mahram
Kerana itu dosa pada pengetahuanku dan dirimu
Walau mereka orang tua
Tetapi bagiku perintah Dialah yang patut ku jaga daripada perintahmu
Yang kadang-kadang mengundang dosa
Jangan dihalang aku menutup aurat sesempurnanya
Kerana aurat itu perintah-Nya pada semua wanita Islam

Comments

Popular Posts